GTA akan laksana seluruh Bajet 2023 jika menang PRU15: Tun M

Dr Mahathir mengulas mengenai Bajet 2023 di Facebook beliau pada Sabtu.
Dr Mahathir mengulas mengenai Bajet 2023 di Facebook beliau pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Gerakan Tanah Air (GTA) akan melaksanakan semua yang terkandung dalam Bajet 2023 jika gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Penajanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut menjelaskan selain meneruskan Bajet 2023, pihaknya akan meneliti dan menambah baik bajet berkenaan sekiranya ada perkara lain yang perlu diberikan perhatian.

“Kalau GTA menang, kami akan laksanakan semua yang terkandung dalam Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Jika ada tempat-tempat yang kita boleh perbaiki dengan lebih baik kita akan usahakan tapi kita tidak akan kurangkan apa yang telah dimasukkan dalam bajet itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu

Sebelum ini, Tengku Zafrul meminta semua ahli Parlimen termasuk pembangkang menyokong pembentangan bajet berkenaan demi kebaikan tanah air dan masa depan lebih 32 juta rakyat Malaysia.

Jelasnya, Bajet 2023 itu diharap dapat mengubati pelbagai keperitan yang dialami rakyat buat masa ini susulan isu-isu atau masalah terdahulu.

Bajet yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Artikel Berkaitan: