Raja Thailand dukacita, berkongsi kesedihan dengan mangsa

Raja Maha Vajiralongkorn (tiga kiri) diiringi Permaisuri Suthida ketika tiba di sebuah hospital di wilayah Nong Bua Lam Phu. - Foto: AFP
Raja Maha Vajiralongkorn (tiga kiri) diiringi Permaisuri Suthida ketika tiba di sebuah hospital di wilayah Nong Bua Lam Phu. - Foto: AFP
A
A
A

BANGKOK - Pemerintah Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn diiringi Permaisuri Suthida pada Jumaat mengadakan lawatan bertemu ahli keluarga dan mangsa terselamat dalam kejadian serangan menggemparkan di sebuah taska yang turut meragut nyawa 36 individu termasuk 24 kanak-kanak.

"Kehadiran beta untuk beri sokongan kepada anda. Beta berasa sangat dukacita dan turut berkongsi kesedihan dengan semua," titahnya.

Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha turut mengadakan lawatan sama dan menyerahkan cek pampasan kepada keluarga mangsa malah beliau telah mengarahkan siasatan segera dilancarkan.

Upacara keagamaan juga diadakan pada Sabtu, sekali gus menandakan bermulanya tempoh berkabung selama tiga hari.

Ketika insiden pada Khamis, penyerang dikenali sebagai Panya Khamrab, 34, yang bersenjatakan pisau dan pistol menyerbu masuk taska itu serta menyerang kesemua mangsa sebelum membunuh ahli keluarga dan dirinya sendiri. - AFP

Artikel Berkaitan: