[VIDEO] Bajet 2023 sesuai tema, tumpu seluruh Keluarga Malaysia: PM

Ismail Sabri (kiri) bersama Tengku Zafrul menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023 selepas pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat. - Foto Bernama
Ismail Sabri (kiri) bersama Tengku Zafrul menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023 selepas pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bajet 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat disifatkan sesuai dengan tema Keluarga Malaysia Makmur Bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bajet tersebut merangkumi segenap lapisan dan kumpulan masyarakat di negara ini.

"Sesuai dengan tema, kalau kita lihat bajet ini menumpukan kepada seluruh Keluarga Malaysia, (golongan) B40, M40, golongan belia, wanita serta orang kurang upaya (OKU). Peruntukan yang diberikan berdasarkan setiap kumpulan yang saya sebutkan tadi.

"Malah dari segi pembangunan luar bandar, bandar dan sebagainya. Bajet ini juga menumpukan kepada pembangunan ekonomi dan (sebagai) persediaan untuk menghadapi keadaan ekonomi agak tidak menentu tahun hadapan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Jumaat memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion.

Sementara itu, Ismail Sabri menerusi hantaran di laman Facebook berkata, Bajet 2023 memperlihatkan komitmen kerajaan menawarkan manfaat kepada Keluarga Malaysia serta manifestasi usaha kerajaan untuk kebangkitan negara menjadi sebuah negara unggul setelah mengharungi pelbagai krisis dan cabaran sebelum ini.

Justeru beliau berharap usaha yang berterusan itu akan menjadikan Malaysia lebih sejahtera, aman, makmur dan Keluarga Malaysia mendapat penghidupan yang lebih berkualiti untuk hari-hari mendatang.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!