Dua wanita maut, tiga kanak-kanak cedera dalam kemalangan

Dua wanita maut dan tiga kanak-kanak cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di simpang Cenderawasih, Jalan Kuantan- Segamat di Muadzam Shah di sini, jam 3 petang Jumaat.
Dua wanita maut dan tiga kanak-kanak cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di simpang Cenderawasih, Jalan Kuantan- Segamat di Muadzam Shah di sini, jam 3 petang Jumaat.
A
A
A

ROMPIN - Dua wanita maut manakala tiga kanak-kanak cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di simpang Cenderawasih, Jalan Kuantan- Segamat di Muadzam Shah di sini pada jam 3 petang Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pusat gerakan operasi menerima laporan kemalangan itu membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dan Viva pada jam 3.23 petang.

Menurutnya, enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah dengan sebuah jentera terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, terdapat empat penumpang dalam kereta Perodua Myvi, dua daripadanya meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas tersepit dalam kenderaan itu.

"Tiga kanak-kanak yang cedera pula berada dalam Perodua Viva bersama dua lagi mangsa, seorang lelaki dan wanita dewasa dipercayai ibu bapa mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau memaklumkan mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan terbabit.

"Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Muadzam Shah bagi tujuan bedah siasat manakala mangsa cedera turut diberikan rawatan lanjut," kata beliau.

Zulfadli memaklumkan kes terbabit telah diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: