AEON BiG utamakan kegiatan sukan

Anjur pelbagai aktiviti kecergasan untuk eratkan hubungan komuniti setempat

A
A
A

Staf AEON BiG yang menyertai kejohanan boling di sebuah pusat boling di Kepong bulan lalu.
Staf AEON BiG yang menyertai kejohanan boling di sebuah pusat boling di Kepong bulan lalu.

KUALA LUMPUR - Aktiviti sukan bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan antara pemain bahkan dapat membentuk sikap kepimpinan dalam diri.

Dalam komuniti setempat, kegiatan sukan boleh menyumbang ke arah perpaduan selain dapat mengikis gejala sosial dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya.

Sejak 2012, AEON BiG terus memainkan peranan penting untuk memberi sumbangan kepada komuniti dalam pelbagai bentuk. Ini dapat dilihat terutamanya ketika pandemik Covid-19 melanda seluruh negara kira-kira dua tahun yang lalu.

Pelbagai aktiviti dianjurkan AEON BiG dalam usaha mendekati komuniti termasuk melalui penganjuran sukan bagi merapatkan lagi hubungan segenap masyarakat tanpa mengira kaum dan agama di negara ini.

Atas dasar itu, AEON BiG (M) Sdn Bhd menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluar barangan sukan, persatuan sukan dan masyarakat setempat dalam menjayakan agenda berkenaan.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, buat permulaan pihaknya bersetuju untuk menaja Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers selama setahun.

Menurutnya, ini merupakan salah satu usaha bagaimana AEON BiG boleh menyumbangkan kepada pembangunan sukan masyarakat setempat.

“Memandangkan Setiawangsa merupakan kawasan perumahan terbesar di Kuala Lumpur dan berhampiran dengan AEON BiG Wangsa Maju, jadi kami jadikan Setiawangsa FC ini sebagai anak angkat,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Sheikh Farouk berkata, menerusi penajaan selama setahun itu, pihaknya akan menaja jersi, baju latihan, air minuman dan kos kelengkapan latihan.

Difahamkan Kelab Bolasepak Setiawangsa Rangers merupakan Ahli Gabungan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur dan Ahli Gangsa dalam piagam Suparimau.

No Image Caption

Selain itu, kelab berkenaan juga aktif menganjurkan program bersama komuniti Setiawangsa seperti kejohanan bola sepak, karnival sukan, latihan bola sepak dan tuisyen bersama kanakkanak di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak di sini.

Di samping itu, AEON BiG turut menaja pasukan Futsal Selangor MAC dari segi kos makanan, minuman dan latihan.

AEON BiG tidak ketinggalan menjalin kerjasama bersama syarikat pengeluar barangan sukan dan konsortium padang bola sepak komersial.

Kerjasama yang dimeterai menerusi penajaan itu juga bakal membawa era baharu AEON BiG dalam memartabatkan sukan di negara ini.

Sokong gaya hidup sihat

No Image Caption



Sheikh Farouk menjelaskan, buat permulaan AEON BiG telah menaja untuk program Zumba yang dianjurkan oleh Gatti Malaysia.

“Seperti yang kita tahu, Zumba sebagai satu sukan berbentuk senaman yang cukup diminati generasi kini dan kami menyokong penganjurannya kerana ia memupuk gaya hidup sihat.

“Begitu juga dengan penajaan hadiah program “Acara Gadis-Gadis” EV Arena yang menganjurkan tiga jenis sukan sempena Hari Wanita Sedunia,” tambahnya.

Jelasnya, AEON BiG dan air mineral beroksigen BubblesO2 turut bekerjasama dengan Baseball

Federation Malaysia (BFM) bagi menaja penganjuran liganya pada tahun hadapan.

“Baseball adalah sukan yang masih baharu di Malaysia namun ada peminatnya tersendiri. Ini merupakan platform AEON BiG untuk sama-sama membangunkan sukan ini.

“Kita mahu melihat suatu hari nanti negara dapat melahirkan pemain yang mampu mewakili dan memberi saingan di peringkat antarabangsa dalam sukan baseball,” ujarnya.

No Image Caption

Sempena kempen Piala Dunia Qatar 2022, AEON BiG akan memeriahkannya dengan kerjasama Mamee DoubleDecker dan duta mereka, penyerang tersohor pasukan Brazil, Neymar Jr., sepanjang kejohanan itu.

Bagi memupuk semangat setia kawan dan hubungan baik antara staf, pada September lalu AEON BiG menganjurkan kejohanan boling khusus untuk semua warga kerjanya dari 21 buah cawangan seluruh negara.

Sheikh Farouk berkata, kejohanan julung kali diadakan dan berlangsung di sebuah pusat boling di Kepong itu melibatkan penyertaan 104 kakitangan dari cawangan dan lima pasukan dari ibu pejabat AEON BiG.

“Alhamdulillah sambutan yang diberikan amat baik dan mereka teruja untuk menyertainya,” jelasnya.

Beliau turut merancang untuk menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai acara bulanan untuk disertai seluruh kakitangan AEON BiG.