Chelsea tamatkan kemarau kemenangan UCL

Aubameyang meraikan jaringannya ketika bantu Chelsea tewaskan AC Milan Awal pagi tadi
Aubameyang meraikan jaringannya ketika bantu Chelsea tewaskan AC Milan Awal pagi tadi
A
A
A

CHELSEA menamatkan kemarau kemenangan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCl) musim ini selepas menewaskan AC Milan 3-0 dalam aksi kumpulan E liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Pengendali Chelsea, Graham Potter menyifatkan kemenangan itu sangat penting malah menyalakan harapan pasukannya untuk kembali merebut slot ke pusingan kalah mati kejohanan tersebut.

"Ia malam yang bagus dan kami bermain dengan baik. Perwatakan pemain menakjubkan dan Personaliti mereka sangat bagus.

“Kami berjaya mengawal permainan dengan baik dan berjaya mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

"Gol pertama sangat penting. Ia memberi kami kekuatan dan keyakinan. Kami tahu apa yang kami perlu lakukan menentang Milan.

"Lebih mudah apabila anda memenangi perlawanan. Suasana sangat baik pada masa ini. Kami akan cuba mengekalkannya."

Pada kasi tersebut, Chelsea berjaya membuka tirai jaringan menerusi tonggak pertahanannya, Wesley Fofana pada minit ke-24 sebelum Pierre-Emerick Aubameyang menggandakan kedukan pada minit ke-56.

Reece James menambah derita Ac Milan apabila berjaya menyumbat gol pada perlawanan itu sekaligus memastikan tiga mata berharga menjadi milik chelsea pada perlawanan itu.

Artikel Berkaitan:

Chelsea kini berada di tangga kedua kumpulan E selepas mengutip empat mata dari tiga perlawanan di belakang RB Salzburg yang mengumpul lima mata.