Bajet 2023: Belanjawan pilihan raya atau bersifat kalis krisis?

Tumpuan terarah sama ada inti pati bajet dijadikan belanjawan pilihan raya atau bersifat kalis krisis.

Laporan muka depan Sinar Harian.
Laporan muka depan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Apabila Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menetapkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun ini, tumpuan utama rakyat pastinya kembali terarah kepada hala tuju Bajet 2023 yang bakal dibentangkan Jumaat.

Meskipun terdapat kebimbangan PRU15 terpaksa diadakan pada musim banjir susulan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengunjurkan fasa peralihan monsun bermula pada 3 Oktober lalu, bibit-bibit PRU dalam masa terdekat tampak semakin sukar dielakkan.

Berikutan itu, ramai pemerhati ekonomi dan politik tempatan melihat kerajaan Keluarga Malaysia berdepan dilema sama ada mahu menjadikan inti pati Bajet 2023 sebagai belanjawan pilihan raya atau jaringan keselamatan rakyat bersifat kalis krisis.

Baca laporan penuh di Sinar Premium

Artikel Berkaitan: