Messi, Barcelona kembali berdamai

Laporta dan Messi akhirnya berdamai. - Foto Agensi
Laporta dan Messi akhirnya berdamai. - Foto Agensi
A
A
A

PENYERANG prolifik, Lionel Messi akan kembali ke Barcelona pada musim panas depan selepas membuat perdamaian dengan presiden kelab La Liga Sepanyol susulan pemergian dramatiknya dua tahun lalu.

Pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu menyertai gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) selepas Barca mengeluarkan kenyataan mengatakan kapten Argentina tersebut dilepaskan berikutan sekatan kewangan yang dikenakan pentadbir liga.

Bagaimanapun, Messi - yang menyertai PSG pada 2021 - dilaporkan akan kembali ke Barcelona apabila kontraknya di ibu kota Perancis itu berakhir pada musim panas depan.

Menurut laporan media Argentina, Messi dijangka kembali semula menyertai Barcelona pada 1 Julai 2023 selepas dua tahun berbaki di bumi Paris.

Pemain berusia 35 tahun itu dipercayai akan kembali ke kelab itu selepas berdamai dengan presiden Barcelona, Joan Laporta - yang menjadi tumpuan kontroversi dua tahun lalu.

Bekas pemain Newell's Old Boys itu sebelum ini menjadi ejen bebas pada 2021 selepas kontraknya bersama Blaugrana di Camp Nou berakhir.

Bagaimanapun, dia bersedia untuk menandatangani semula dengan kelab itu berikutan perbincangan awal yang positif antara kedua-dua pihak.

Namun Barca kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan Messi dilepaskan berikutan peraturan La Liga Sepanyol.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Messi yang membuat penampilan sulung untuk pasukan senior Barcelona pada 2004 pada usia 16 tahun, tampil sebanyak 778 kali, muncul sebagai pemain utama.

Dia kemudian menjadi penjaring rekod Barca dengan 672 gol termasuk 120 gol Liga Juara-Juara dan rekod 474 gol La Liga.