Wanita nyaris maut, rumah terbakar

Seorang wanita mengalami sesak nafas dalam kebakaran melibatkan sebuah unit rumah di tingkat enam sebuah kondominium berhampiran Jalan Tropicana Utara di Petaling Jaya pada Rabu.
Seorang wanita mengalami sesak nafas dalam kebakaran melibatkan sebuah unit rumah di tingkat enam sebuah kondominium berhampiran Jalan Tropicana Utara di Petaling Jaya pada Rabu.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang wanita nyaris maut dalam kebakaran melibatkan sebuah unit rumah di tingkat enam sebuah kondominium berhampiran Jalan Tropicana Utara di sini pada Rabu.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian pada jam 6.56 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dan Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 7.14 petang.

"Kebakaran melibatkan bahagian ruang tamu sebuah unit rumah di kondominium tersebut yang terbakar sebanyak 50 peratus," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, kejadian turut melibatkan seorang wanita tempatan berumur lingkungan 30-an.

"Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital berhampiran kerana mengalami sesak nafas.

"Punca kejadian dan anggaran kerugian kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: