Puteri Mahkota Jepun 'gementar' menanti April 2019

Pasangan diraja ini melangsungkan perkahwinan pada 1993.
Pasangan diraja ini melangsungkan perkahwinan pada 1993.
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Puteri Mahkota Jepun, Masako, hari ini memaklumkan beliau berasa 'tidak yakin' untuk menjadi maharani pada April depan, namun berjanji untuk melakukan yang terbaik kepada rakyat negara tersebut.

Suami Masako Owada, Putera Mahkota Naruhito akan menggantikan bapanya, Maharaja Akihito, 84, yang turun takhta atas faktor umur dan kesihatan.

Puteri terbabit yang mengalami gangguan berkaitan tekanan selama beberapa tahun memberitahu beliau kini semakin sembuh dan akan cuba melaksanakan lebih banyak tugas kerajaan.

Menurutnya, keadaan kesihatannya juga semakin bertambah baik.

Beliau adalah lulusan Universiti Harvard dan Oxford serta pernah berkhidmat sebagai diplomat sebelum berkahwin pada 1993 dilaporkan bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di istana.

Artikel Berkaitan:


Sebelum ini, doktor Puteri Masako mengesahkan beliau mengalami 'gangguan pelarasan', keadaan disebabkan tekanan yang sering dikaitkan dengan kemurungan dan kebimbangan melampau. - BBC