IHH Healthcare perkenal menu baharu

Kolobrasi bersama Chef Fazley sediakan makanan sihat 'Delight in Every Bite'

A
A
A

Jean-Francois Naa (kiri) dan Chef Fazley menunjukkan antara menu yang akan dihidangkan dirangkaian hospital IHH Healthcare Malaysia.
Jean-Francois Naa (kiri) dan Chef Fazley menunjukkan antara menu yang akan dihidangkan dirangkaian hospital IHH Healthcare Malaysia.

KUALA LUMPUR - IHH Healthcare Malaysia berkolobrasi bersama chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memperkenalkan menu baharu 'Delight in Every Bite' di 16 rangkaian hospital iaitu Hospital Gleneagles, Hospital Pantai dan Pusat Perubatan Prince Court.

Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia, Jean-Francois Naa berkata, selain mengutamakan aspek klinikal serta keselamatan, pengalaman pesakit turut ditekankan.

Menurutnya, persekitaran hospital yang selesa mampu mempengaruhi proses pemulihan pesakit.

"Hasil maklum balas yang diterima, kami menyedari penyediaan makanan penting buat pesakit. Makanan yang sedap tetapi sihat dan segar dapat memberikan lebih keselasaan buat pesakit," katanya pada pelancaran ' Delight in Every Bite' di Hospital Pantai, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nasi dulang, menu baharu ' Delight in Every Bite'
Nasi dulang, menu baharu ' Delight in Every Bite'

Rentetan daripada itu, katanya, pihaknya telah berusaha menambah resipi dan menu baharu sejak 10 bulan lalu dengan berbincang dengan chef serta pakar diet di hospital tersebut.

Jelasnya, mencari menu menarik namun memenuhi keperluan diet antara cabaran yang dihadapi dan dari situ pihaknya memutuskan untuk bekerjasama dengan Chef Fazley yang mahir dalam menu citarasa Melayu, Cina dan India.

Artikel Berkaitan:

"Kami berbesar hati berkongsi menu baharu buat pesakit kami. Menu dihasilkan berkhasiat, lazat dan enak serta menumpukan kepada selera tempatan untuk membuatkan pesakit selesa seperti berada di rumah.

Antara menu menarik dihasilkan Chef Fazley untuk dihidangkan dirangkaian hospital IHH Healthcare Malaysia.
Antara menu menarik dihasilkan Chef Fazley untuk dihidangkan dirangkaian hospital IHH Healthcare Malaysia.

"Chef di hospital telah menjalani sesi latihan yang ketat bagi memastikan menu yang dihasilkan mengekalkan keaslian hidangan asal Chef Fazley," tambahnya.

Beliau berkata, pesakit kini memiliki lebih banyak pilihan menerusi tambah baik menu yang disediakan dan berharap dapat membantu dalam proses pemulihan sepanjang berada di hospital.

Sementara itu, Fazley berkata, bahan yang menggunakan menepati saranan diet dan dijamin kualiti tanpa ada keraguan mengenai kolestrol dan sebagainya.

Chef Fazley (tiga dari kiri) dan Jean-Francois Naa ( tiga dari kanan) bersama barisan chef dari Hospital Gleneagles, Hospital Pantai dan Pusat Perubatan Prince Court yang akan terlibat dalam penyediaan menu 'Delight in Every Bite'.

"Saiz hidangan disediakan turut diambil kira dan jika pesakit tidak boleh makan ayam, sumber protein itu akan digantikan dengan bahan lain seperti tempe.

"Saya sudah beri penerangan chef di semua hospital, mana-mana keperluan pesakit yang perlu diubah boleh diubah asalkan bahan asas dikekalkan," ujarnya.

Fazley berkata, beliau mengambil masa setahun bagi melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) makanan dengan mendapatkan maklum balas masyarakat menerusi media sosial mengenai menu impian di hospital.

Antara menu menarik dihasilkan Chef Fazley untuk dihidangkan dirangkaian hospital IHH Healthcare Malaysia.
Antara menu menarik dihasilkan Chef Fazley untuk dihidangkan dirangkaian hospital IHH Healthcare Malaysia.

"Saya senarai pendek 15 makanan yang saya rasa popular dalam kalangan rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa.

"Pemerhatian saya di hospital mendapati tiada gambar menu menarik yang boleh dikongsikan di media sosial Instagram.

"Jadi saya minta dua perkara dengan IHH Healthcare Malaysia, iaitu makanan itu sesuai dengan pesakit serta hidangan disediakan menarik dan cantik untuk dikongsikan di media sosial. Itu yang saya usahakan," katanya.

Antara menu menarik dihasilkan Chef Fazley untuk dihidangkan dirangkaian hospital IHH Healthcare Malaysia.
Antara menu menarik dihasilkan Chef Fazley untuk dihidangkan dirangkaian hospital IHH Healthcare Malaysia.

Pemilik restoran Suka Sucre Bistro itu berkata, menerusi kerjasama itu sebanyak 14 menu disediakan peringkat awalan dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Jelasnya, laksa Negeri Sembilan yang dimasak ketika menang dalam sebuah pertandingan masakan antara menu yang akan hidangkan.

Menu lain yang tersenarai adalah nasi dulang, mi tuaran, ayam salai papeterie bersama sup tomato tiga warna dan daun basil selain sup ala doraisamy beserta roti bakar dan mentega masin.