Pemuda tak dapat dikesan lepas keluar rumah Sabtu

Keluarga berharap orang ramai yang menemui Hanis dapat menghubungi mereka segera.
Keluarga berharap orang ramai yang menemui Hanis dapat menghubungi mereka segera.
A
A
A

BESUT - Seorang pemuda berusia 26 tahun yang mengalami masalah kesihatan gagal dikesan oleh keluarganya selepas keluar dari kediaman keluarga di Kampung Raja, dekat sini pada petang Sabtu.

Kehilangan Hanis Nasrullah Norahmad Zaki disedari selepas kali terakhir dilihat menunggang motosikal jenis Yamaha Ego berwarna merah keluar rumah pada jam 5.30 petang hari berkenaan.

Ibu Hanis, Rohana Abdul Ghani, 51, berkata, keluarga amat risaukan keadaan anaknya kerana dia mengalami masalah psikitrik (mental) atau skizorenia sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, anak ketiga daripada enam beradik itu dipercayai menuju ke Melaka kerana hasratnya mahu mendaftar sebagai kakitangan di Hospital Melaka hari ini.

“Pagi tadi suami saya ada terima panggilan daripada seorang lelaki di Cherating, Kuantan. Dia beritahu ada jumpa Hanis tengah tidur di sebuah wakaf. Lelaki itu bagi dia makan dan sedikit duit untuk isi minyak motosikal.

“Lelaki itu jumpa anak saya jam 3 petang semalam, tapi masa tu dia belum tahu kes Hanis hilang," katanya.

Rohana berkata, anaknya sebelum ini mendapat tawaran bekerja dengan Kementerian Kesihatan dan perlu melapor tugas di Hospital Melaka hari ini, namun tawaran itu terpaksa dibatalkan kerana keputusan pemeriksaan kesihatan mendapati dia mengalami masalah kesihatan tersebut.

“Dia berkeras juga nak ke sana tapi kami risau keselamatannya sebab sampai sekarang dia tak sampai ke sana walaupun ada waris dah tunggu di sana.

Artikel Berkaitan:

“Kami dah buat laporan polis tentang kehilangan Hanis di Balai Polis Kampung Raja malam kelmarin,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap orang ramai yang ternampak atau menemui anaknya agar menghubungi suaminya di talian 013-3626461 atau mana-mana balai polis berhampiran.