Keindahan Sungai Tupah, Merbok

No Image Caption
A
A
A
Pencinta alam semulajadi berpeluang 'bermanja' dengan puluhan jeram dan air terjun ketika menyusuri Sungai Tupah dekat Merbok di sini.

Sungai Tupah yang terletak kira-kira 14 kilometer (km) dari pekan Bidong, menyimpan pelbagai khazanah bumi yang masih terpelihara seperti batuannya, hutan, flora dan fauna dan aliran air sungai yang bersih, boleh diminum dan juga segar.

Terdapat dua laluan 'trail' yang boleh dilalui pengunjung iaitu sama ada mengikut laluan sungai atau laluan hutan. Sekiranya hujan lebat, laluan sungai adalah tidak digalakkan.

Menurut Geoguide Jeraigeopark Kebangsaan, Mohd Azrul Mahamad Jahbali 'keunikan geotrail Kem Tengas ini berbanding geotrail lain di sekitar Gunung Jerai ialah ia mempunyai jeram dan air terjun dan perlu bermalam untuk merasai 'kepuasan' alam sebenar yang tidak ada ditempat lain.

Sepanjang laluan, pengunjung boleh merakamkan keunikan lebih 30 air terjun dan jeram bermula dari 'starting point' di Loji Air SADA Tupah ke Kem Tengas sejauh 8 km, manakala dari Kem Tengas ke puncak Jerai sejauh 13 km yang menawarkan pemandangan taman bonsai yang indah. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan:
Artikel Berkaitan