Jadi seperti etnik Rohingya jika tak banteras rasuah

Nadzim
Nadzim
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berpandangan, rakyat Malaysia akan menerima nasib seperti etnik Rohingya dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya kegiatan rasuah tidak dihapuskan sebaik mungkin.

Justeru beliau menegaskan, tanggungjawab menangani isu tersebut perlu dilakukan secara agresif demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

“Kalau kita sayangkan keluarga, agama dan negara, kita kena buat sesuatu dengan menyambut baik peranan dan inisiatif Rasuah. Busters. Keadaan sekarang ini sangat mencabar dan jika tidak diendah, mudah sahaja Malaysia dikuasai (orang luar).

“Kita juga kena berdoa agar diberi petunjuk, hidayah dan dipelihara bagi berhadapan dengan cabaran yang luar biasa ini,” katanya pada program Melayu Bermaruah vs Melayu Rasuah anjuran Aktivis Sejahtera pada Selasa.

Nadzim (dua dari kanan) pada program Melayu Bermaruah vs Melayu Rasuah anjuran Aktivis Sejahtera pada Selasa.
Nadzim (dua dari kanan) pada program Melayu Bermaruah vs Melayu Rasuah anjuran Aktivis Sejahtera pada Selasa.

Turut diundang menjadi panelis adalah Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin manakala Pengerusi Aktivis Sejahtera, Asmaalif Adam bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu Nadzim berkata, umat Islam di negara ini perlu melengkapkan diri dengan ilmu agama agar sentiasa bersedia menghadapi masa depan yang semakin mencabar.

“Negara kita diancam dengan penjajahan kaedah baharu menerusi pelbagai konspirasi luar negara, bermaksud akan dijajah dan mempengaruhi generasi akan datang.

Artikel Berkaitan:

“Mungkin orang tidak perasan tetapi ini adalah agenda besar untuk memesongkan pegangan kita, jadi kita perlu ajar anak-anak kita dengan ajaran agama dan aqidah yang terbaik,” ujarnya.