Tiga kejuaraan kelab UEFA senyap seminit

Pemain NEC dan Feyenoord dalam saingan Eredivisie Belanda bertafakur seminit sebagai penghormatan kepada mangsa tragedi stadium di Indonesia. FOTO: AFP
Pemain NEC dan Feyenoord dalam saingan Eredivisie Belanda bertafakur seminit sebagai penghormatan kepada mangsa tragedi stadium di Indonesia. FOTO: AFP
A
A
A

TIGA saingan utama kelab Eropah - Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Liga Konferensi akan bertafakur selama seminit minggu ini sebagai penghormatan mangsa tragedi stadium di Indonesia.

"UEFA hari ini mengumumkan tiga kejuaraan utamanya akan bertafakur sebelum sepak mula untuk mengenang mangsa peristiwa tragis di Stadium Kanjuruhan di Indonesia.

"Saat senyap ini akan berlaku di semua perlawanan UEFA minggu ini (Liga Juara, Liga Europa, Liga Konferensi dan playoff Piala Dunia Wanita),” kata Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Pada Ahad, berlaku tragedi berdarah yang mengorbankan kira-kira 150 orang dalam rusuhan selepas pertembungan derbi Jawa Timur antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan.

Difahamkan kekalahan 2-3 Arema FC kepada Persebaya Surabaya yang pertama di laman sendiri sepanjang lebih dua dekad kepada musuh setempat, menyaksikan para penyokong turun ke padang untuk berdepan pemain dan pengurusan.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino menyifatkan hari tersebut sebagai 'hari gelap' bagi semua yang terlibat dalam bola sepak.

Artikel Berkaitan: