'PRK Rantau, antara saya dan Tok Mat' kata Malar

Malar (kiri) mengedarkan risalah kepada orang ramai di sekitar Sendayan.
A
A

SEREMBAN - Calon Bebas, R Malar mendakwa PRK DUN Rantau bukan lagi persaingan empat penjuru sebaliknya hanya melibatkan dirinya dan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, calon PH, Dr S Streram dan seorang lagi calon Bebas, Mohd Nor Yassin telah 'tersingkir' lebih awal kerana dilihat tidak relevan untuk memperjuangkan hak pengundi di DUN berkenaan.

"Saya sudah singkirkan mereka (Streram dan Mohd Nor) kerana ramai pengundi mendakwa mereka tidak relevan dan tiada wawasan.

"Saya tengok gegantung kempen dia (Streram) 'doktor seri doktor rakyat' apa (hala tuju) itu?. Tidak ada wawasan langsung," katanya kepada pemberita selepas tinjauan mesra di Sendayan di sini, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai kutipan derma yang dilancarkan untuk membantu kempennya, Malar mengakui belum mendapat sebarang sambutan.

"Buat masa ini tabung yang dilancarkan itu masih kosong. Bagaimanapun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berkempen bagi menambat hati pengundi sebelum tibanya hari pengundian 13 April ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat penjuru di DUN Rantau