Kes bunuh: Lapan individu terlibat pergaduhan direman seminggu

Ashari
Ashari
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lapan individu termasuk dua wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di sini pada Isnin, direman selama tujuh hari bermula Selasa.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, enam lelaki dan dua wanita warga asing berusia antara 26 hingga 40 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Lumpur pada Isnin.

"Punca pergaduhan berkemungkinan akibat perselisihan faham di pusat hiburan tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada Isnin, media melaporkan seorang daripada tiga lelaki warga Afrika berusia 32 tahun meninggal dunia ketika diberikan rawatan di sebuah hospital swasta.

Pergaduhan itu mengakibatkan mangsa parah dengan kesan luka akibat tetakan di belakang lehernya.

Hasil siasatan dilakukan polis mendapati mangsa dan rakannya bergaduh dengan sekumpulan lelaki warga Afrika.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: