Martabatkan bahasa Melayu setaraf bahasa lain di dunia

Ismail Sabri (kiri) ketika berucap pada sesi dialog awam bersama moderator Luqman Hariz sempena Majlis Perasmian Idea Bina Negara (IBN) 2022 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), pada Selasa. - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Sudah tiba masanya martabat bahasa Melayu diangkat di persada dunia dan rakyat perlu yakin bahawa bahasa kebangsaan adalah setaraf dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penggunaan bahasa Melayu tidak menjadikan negara mundur, sebaliknya negara maju juga menggunakan bahasa sendiri.

"Negara yang maju di dunia seperti Jepun, Jerman dan negara-negara Eropah yang lain, menggunakan bahasa mereka dan tidak menjadikan mereka mundur berbanding negara lain. Bukan bahasa yang menyebabkan negara itu maju, jadi yakinlah bahasa Melayu setaraf dengan bahasa-bahasa lain,” katanya pada Sesi Dialog Awam sempena program Idea Bina Negara 2022 di sini pada Selasa.

Ismail Sabri berkata, melalui pengalaman beliau semasa menghadiri pelbagai persidangan antarabangsa dan perbincangan negara dua hala, kebanyakan pemimpin negara memilih untuk bercakap menggunakan bahasa mereka.