Anwar selar kenyataan tidak ‘sensitif’ Tengku Zafrul

Anwar Ibrahim (kiri). Laporan Sinar Harian
Anwar Ibrahim (kiri). Laporan Sinar Harian
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang didakwa tidak bimbang dengan kejatuhan nilai ringgit ketika ini.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, Tengku Zafrul tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana situasi yang melanda negara itu mengundang kebimbangan ramai.

"Ini (Tengku Zafrul) satu-satunya Menteri Kewangan di dunia yang tidak bimbang dengan kejatuhan nilai ringgit. Saya hairan dengan kenyataan itu,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Anwar membangkitkan perkara itu ketika giliran beliau bertanyakan soalan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Tengku Zafrul ketika Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri sebelum itu memaklumkan bahawa Malaysia tidak menuju sebarang krisis ekonomi dan kewangan, meskipun nilai ringgit menjunam berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang memintanya menyatakan sama ada satu krisis kewangan sedang terbentuk berikutan nilai ringgit menjunam berbanding dolar AS.

Keyakinan ini katanya, didorong oleh asas ekonomi dan sistem kewangan negara yang lebih kukuh berbanding ketika krisis kewangan Asia pada tahun 1997-1998 lalu.

Artikel Berkaitan: