Maqis rampas 210kg keratan ayam sejuk beku

Kotak keratan ayam sejuk beku yang dirampas dari sebuah kereta di Kompleks Sultan Abu Bakar Gelang Patah. - Foto Maqis
Kotak keratan ayam sejuk beku yang dirampas dari sebuah kereta di Kompleks Sultan Abu Bakar Gelang Patah. - Foto Maqis
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 210 kilogram (kg) keratan ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM3,580 dari Singapura.

Pengarah Maqis Johor, Edie Putra Md Yusof berkata, sebuah kereta yang membawa 14 kotak keratan itu ditahan di Kompleks Sultan Abu Bakar Gelang Patah, pada jam 9 malam, Rabu lalu.

Katanya, pemeriksaan mendapati keratan ayam itu cuba dibawa masuk tanpa Permit Import Maqis dan sijil kesihatan veterinar menggunakan kenderaan persendirian di laluan import penumpang kereta.

"Kotak keratan ayam itu diletakkan di dalam bonet kereta bernombor pendaftaran Malaysia. Pemandu warga tempatan berusia lingkungan 30-an dilepaskan selepas diambil keterangan.

"Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import Maqis menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Keratan ayam sejuk beku yang dirampas dari sebuah kereta di Kompleks Sultan Abu Bakar Gelang Patah. - Foto Maqis
Keratan ayam sejuk beku yang dirampas dari sebuah kereta di Kompleks Sultan Abu Bakar Gelang Patah. - Foto Maqis

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, Maqis sentiasa menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ia bagi memastikan pemain industri mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan supaya penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dapat dikawal dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.