Harga minyak masak botol turun

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika sidang media pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika sidang media pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan harga baharu minyak masak tulen bagi botol lima kilogram (kg) turun RM2 iaitu daripada RM33.50 kepada RM31.50.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penetapan harga baru itu akan berkuatkuasa pada 8 Oktober hingga 7 November.

“Bagi botol 3kg akan turun daripada RM21.10 kepada RM19.90 dengan penurunan RM1.20.

“Bagi botol 2kg, turun daripada RM14.30 kepada RM13.50, penurunan 80 sen dan bagi botol 1kg, akan turun daripada RM7.50 kepada RM7.10 dengan penurunan 40 sen,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Isnin.

Alexander berkata, pihaknya mengharapkan penetapan harga baru bagi minyak masak tulen berbotol ini berupaya memberi manfaat kepada orang ramai.

Beliau turut meminta agar pengguna menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dalam menyalurkan sebarang maklumat.

“Untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi melalui saluran yang disediakan,” katanya

Artikel Berkaitan: