Nestle lancar minuman tanpa tenusu baharu

Nescafe Dairy Free Badam Latte.
Nescafe Dairy Free Badam Latte.
A
A
A

NESTLE melancarkan rangkaian minuman tanpa tenusu terbaharunya termasuk Nescafe Dairy Free Badam Latte dalam pek UHT 1 liter (1L).

Nestle dalam satu kenyataan berkata, rangkaian minuman Nestle Dairy Free yang diperkenalkan pada tahun lepas menampilkan kemunculan dua jenama ikonik Nestle kegemaran rakyat, Milo dan Nescafe dalam versi tanpa tenusu yang disambut baik oleh pengguna.

“Diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuhan, minuman Nestle Dairy Free tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan. Komponen susu digantikan dengan sumber protein berasaskan tumbuhan seperti badam, oat, kacang soya dan kacang pea, menjadikan rangkaian produk ini sesuai untuk dinikmati oleh semua pengguna termasuk mereka yang menghadapi intoleransi laktosa.

“Minuman Nestle Dairy Free adalah rendah lemak serta bebas kolesterol. Ia turut memenuhi kriteria logo Pilihan Lebih Sihat yang bermakna kandungan gula dan lemaknya adalah lebih rendah berbanding produk lain dalam kategori minuman kopi,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Minuman Sedia Diminum, Nestle (Malaysia) Berhad, April Wong berkata, Nestle melancarkan rangkaian minuman Nestle Dairy Free tahun lepas bagi memenuhi permintaan terhadap produk berasaskan tumbuhan dengan sambutan yang menggalakkan.

“Kami berbesar hati kerana pengguna berpuas hati dengan keunikan rasa Milo dan Nescafe dalam versi tanpa tenusu. Ini memacu usaha kami untuk mengembangkan lagi inovasi produk agar alternatif berasaskan tumbuhan lebih mudah diterima oleh pengguna kami,” kata April.

Beliau berkata, badam merupakan antara tiga alternatif berasaskan tumbuhan yang paling popular.

Nestle menampilkan dua jenama ikonik kegemaran rakyat, milo dan nescafe dalam versi tanpa tenusu yang disambut baik oleh pengguna.
Nestle menampilkan dua jenama ikonik kegemaran rakyat, milo dan nescafe dalam versi tanpa tenusu yang disambut baik oleh pengguna.

Artikel Berkaitan:

“Kami berbesar hati untuk membawakan Nescafe Dairy Free Badam Latte dalam format pek UHT 1L agar pengguna dapat menikmatinya berulang kali di rumah serta berkongsi kebaikannya bersama keluarga dan orang tersayang. Nestle merancang untuk menjadikan rangkaian minuman Dairy Free mudah diperoleh pengguna dengan harga mampu milik.

“Rangkaian minuman Nestlé Dairy Free dihasilkan sepenuhnya di Malaysia. Dengan membawa masuk kepakaran penyelidikan dan pembangunan global kami ke Malaysia serta memanfaatkan kekuatan keupayaan pembuatan tempatan, kami berjaya menawarkan kebaikan produk berasaskan tumbuhan yang lazat kepada pengguna kami pada harga yang berpatutan,” kata beliau.

Rangkaian minuman Nestlé Dairy Free kini terdapat dalam varian dan format Milo Dairy Free Badam (UHT 1L dan PET 225 mililiter (ml)), Nescafe Dairy Free Badam Latte (UHT 1L dan PET 225ml) dan Nescafe Dairy Free Oat Latte (PET 225ml).

Nescafe Dairy Free Badam Latte UHT 1L kini boleh didapati di Jaya Grocer, Village Grocer dan AEON pada harga RM10.50 setiap satu.

Pembelian atas talian boleh dibuat melalui Shopee dan Lazada.