Arsenal layak untuk menang: Arteta

Xhaka meraikan kejayaanya menjaringkan gol ketika mebantu pasukannya menewaskan Spurs di Stadium emirates pada Sabtu
Xhaka meraikan kejayaanya menjaringkan gol ketika mebantu pasukannya menewaskan Spurs di Stadium emirates pada Sabtu
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta, memuji aksi yang ditampilkan pasukannya ketika menewaskan Tottenham 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates malam tadi.

Menurut Arteta, pasukannya itu sememangnya layak untuk memperoleh kemenangan tersebut sambil berharap momentum itu dapat diteruskan bagi mengekalkan kedudukan teratas liga.

“Saya amat gembira kerana ia merupakan satu persembahan yang amat bagus. Hari yang indah dengan suasana yang luar biasa untuk bermain.

“Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dengan pasukan ini. Saya fikir kami telah memberikannya buat mereka semua.

“Tugasan kami masih belum selesai dan masih banyak untuk diperbaiki. Bagaimanapun kami berada di laluan terbaik untuk mencapai apa yang kami mahu," katanya.

Pada aksi tersebut, Arsenal terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Thomas Partey untuk meletakkan The Gunners di depan pada minit ke-20 sebelum Harry Kane menyamakan kedudukan buat Spurs berselang 11 minit.

Gabriel Jesus sekali lagi mempamerkan aksi terpuji dan memastikan Arsenal kembali memimpin perlawanan pada minit ke-49.

Spurs terus dirudung malang apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain gara-gara pemain perthanannya, Emerson Royal dilayangkan kad merah pada minit ke-62.

Artikel Berkaitan:

Peluang itu berjaya dimanfaatkan sepenuhnya oleh Arsenal apabila Granit Xhaka kemudian memutlakkan kemenangan Arsenal pada minit ke-67 sekaligus menyaksikan pasukan bimbingan Arteta itu kekal menerajui liga dengan kelebihan empat mata di depan pencabar terdekat, Manchester City.