KPN rangka 106 program semarak penyatuan #KeluargaMalaysia

Halimah (belakang, tengah) bersama Sheikh Farouk (belakang, dua dari kiri) bergambar selepas melancarkan Galeri UNITI Keluarga Malaysia yang diadakan di AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn. - FOTO ROSLI TALIB
Halimah (belakang, tengah) bersama Sheikh Farouk (belakang, dua dari kiri) bergambar selepas melancarkan Galeri UNITI Keluarga Malaysia yang diadakan di AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn. - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

CHERAS - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) rangka 106 inisiatif di bawah Program Semarak UNITI #KeluargaMalaysia yang dilaksanakan di seluruh negara

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan seperti yang dilihamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang melahirkan aspirasi #KeluargaMalaysia.

Menurutnya, program-program berkenaan dilaksanakan oleh pihaknya dengan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan swasta.

Halimah menambah, antara program dilaksanakan oleh pihaknya ialah Program Galeri UNITI #KeluargaMalaysia yang dirasmikan di AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn di sini pada Sabtu.

Halimah (dua dari kanan) bersama Sheikh Farouk (dua dari kiri) melancarkan Galeri UNITI Keluarga Malaysia yang diadakan di AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn. - FOTO ROSLI TALIB
Halimah (dua dari kanan) bersama Sheikh Farouk (dua dari kiri) melancarkan Galeri UNITI Keluarga Malaysia yang diadakan di AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn. - FOTO ROSLI TALIB

"Kali ini kita nak kembangkan program ini bukan menerusi jabatan-jabatan di bawah KPN, tapi juga bersama pihak swasta seperti AEON BiG (Malaysia) Sdn Bhd (AEON BiG).

"Kita laksanakan program Galeri UNITI #KeluargaMalaysia ini di sembilan buah lokasi di pasar raya AEON BiG terpilih seluruh negara bermula 29 September hingga 9 Oktober," katanya selepas majlis perasmian program berkenaan di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Halimah turut mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai agensi dan syarikat lain yang mahu membantu pihaknya menyebarkan semangat perpaduan sesama kaum di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya setakat ini, pihaknya menghubungi beberapa syarikat pasar raya seperti Econsave dan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) yang bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak KPN.

"Setakat ini kami dah hubungi Mydin dan Econsave yang bersiap sedia untuk menjadi penganjur sebagai usaha menyemarakkan suasana perpaduan pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

"Saya harap lebih ramai rakan baharu akan menyertai kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, program Galeri UNITI #KeluargaMalaysia merupakan usaha KPN untuk meraikan semangat muhibah bagi mengeratkan sesama warga kerja AEON BiG dan para pelanggannya.

Halimah mencuba sendiri membuat muruku sambil diperhatikan oleh Sheikh Farouk (dua dari kanan) selepas melancarkan Galeri UNITI Keluarga Malaysia yang diadakan di AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn. - FOTO ROSLI TALIB
Halimah mencuba sendiri membuat muruku sambil diperhatikan oleh Sheikh Farouk (dua dari kanan) selepas melancarkan Galeri UNITI Keluarga Malaysia yang diadakan di AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn. - FOTO ROSLI TALIB

Katanya, semangat kebersamaan tersebut dapat menjamin kelangsungan keamanan serta kemakmuran masyarakat.

"Kami ingin menjadikan pasar raya bukan sahaja tempat membeli-belah, tapi tempat perkongsian maklumat dan aktiviti sosial yang berguna kepada masyarakat, selain memastikan hubungan bersama komuniti melalui kerjasama dalam pelbagai aktiviti," katanya.

Program Galeri UNITI #KeluargaMalaysia merupakan platform yang menghimpunkan detik-detik perpaduan merentasi sempadan kaum, agama, budaya dan bahasa.

Antara pengisian program berkenaan ialah pameran Rumah KAMI, reruai Citarasa Menu #KeluargaMalaysia, persembahan busana etnik #KeluargaMalaysia dan lain-lain.

Berikut merupakan senarai lokasi program Galeri UNITI #KeluargaMalaysia yang diadakan di lokasi terpilih di seluruh negara:

i. AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur

ii. AEON Bandar Baru Klang, Selangor

iii. AEON BiG Batu Pahat, Johor

iv. AEON BiG Falim, Ipoh, Perak

v. AEON BiG Penang Prai, Pulau Pinang

vi. AEON Bandaraya Melaka

vii. AEON Kota Bharu, Kelantan

viii. AEON Kuching, Sarawak

ix. AEON Seremban 2, Negeri Sembilan.