Polis siasat pergaduhan libatkan dua pemandu

Orang ramai membantu meleraikan pergaduhan melibatkan dua individu di persimpangan berhampiran sebuah sekolah di Batu Caves di sini pada Jumaat.
Orang ramai membantu meleraikan pergaduhan melibatkan dua individu di persimpangan berhampiran sebuah sekolah di Batu Caves di sini pada Jumaat.
A
A
A

GOMBAK - Pertengkaran mulut antara dua pemandu kenderaan membawa kepada pergaduhan dalam kejadian di persimpangan berhampiran sebuah sekolah di Batu Caves di sini pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan polis berkaitan kejadian dibuat seorang lelaki warga tempatan berumur 57 tahun yang merupakan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Hasil siasatan mendapati kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu bermula daripada pertengkaran mulut di antara kedua-dua individu terlibat.

"Ia berpunca daripada salah sebuah kenderaan yang didakwa menghalang lalu lintas di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, orang ramai yang melihat dan membantu meleraikan pergaduhan tersebut diminta tampil membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Nurul Syazleeyana Atarbacha di talian 03-61262222 / 018-9636942.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Pada Sabtu, tular video di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan dua pemandu kenderaan berhampiran sebuah sekolah di Batu Caves.

Artikel Berkaitan:

Kejadian bagaimanapun dileraikan orang ramai yang berada sekitar lokasi kejadian.