PRU15: Serah tarikh kepada PM

Mahdzir bertanya khabar pengunjung Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 pada Sabtu. - Foto Bernama
Mahdzir bertanya khabar pengunjung Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

PASIR MAS - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menyerahkan tarikh pembubaran Parlimen kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli MKT, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beberapa perkara dibincangkan pada Jumaat (semalam) termasuk calon, kewangan dan persediaan yang perlu dilakukan.

Beliau berkata, parti itu kini sedang melakukan persediaan sepenuhnya jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilaksanakan ketika negara berhadapan musim tengkujuh.

"Secara prinsipalnya kita bersetuju pilihan raya diadakan tahun ini.

"Sekiranya banjir berlaku pada waktu itu, kerajaan sudah merancang beberapa persediaan bagi memastikan kelancaran PRU15," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 di sini pada Sabtu.

Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO memberitahu, persediaan di kawasan luar bandar turut dilakukan jika PRU15 dilaksanakan.

Mesyuarat MKT UMNO pada malam Jumaat mencapai ketetapan bahawa pembubaran Parlimen perlu dilakukan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.