Pemuda komponen BN, Pas kongsi pentas ceramah PRK Rantau

Asyraf Wajdi (dua dari kanan) bersama Muhammad Khalil, Nicole dan Thinalan pada program Pentas Pemuda, malam tadi. – Foto Sinar Harian
Asyraf Wajdi (dua dari kanan) bersama Muhammad Khalil, Nicole dan Thinalan pada program Pentas Pemuda, malam tadi. – Foto Sinar Harian
A
A
A

SEREMBAN - Buat julung kalinya empat pemimpin muda UMNO, Pas, MCA dan MIC berkongsi pentas ceramah PRK DUN Rantau di Felda Sendayan di sini, malam tadi.

Mereka terdiri daripada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi; Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting dan Ketua Pemuda MIC, R. Thinalan.

Kehadiran empat pemimpin muda pada program Pentas Pemuda itu adalah bagi menyatakan sokongan terhadap calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Asyraf Wajdi dalam ucapannya berkata, penyatuan ummah yang semakin terserlah dalam kalangan parti pembangkang ketika ini akan 'haru-birukan' kerajaan.

"Meskipun berbeza latar belakang agama dan budaya, tapi kita berjaya himpunkan orang muda tanpa rasa kekok dan cuak.

"Kami yang mewakili barisan orang muda akan memperjuangkan hak rakyat dan pastikan kerajaan penuhi segala janji," katanya.

Menurutnya, penyatuan itu sememangnya digeruni kerajaan PH yang selama ini telah banyak menabur fitnah terhadap BN.

ARTIKEL BERKAITAN: Tok Mat sindir kerajaan PH

Artikel Berkaitan: