Lagi pimpinan UMNO hadir Mesyuarat MKT

Abdul Rahman ketika menghadiri Mesyuarat MKT UMNO.
Abdul Rahman ketika menghadiri Mesyuarat MKT UMNO.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Beberapa lagi pimpinan UMNO dilihat tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam ini.

Antaranya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Bung Mohktar ketika menghadiri Mesyuarat MKT UMNO.
Bung Mohktar ketika menghadiri Mesyuarat MKT UMNO.

Mesyuarat MKT UMNO itu dipercayai membincangkan mengenai tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai salah satu agenda perbincangan.

Difahamkan, petugas media sudah berada di pekarangan lobi Menara Dato Onn, WTC sejak jam 2.30 petang lagi bagi membuat liputan mengenai mesyuarat berkenaan.

Pada 19 September, media melaporkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertemuan dengan lima kepimpinan tertinggi UMNO adalah bagi membincangkan tarikh PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat mungkin sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan.

Pada 16 September lalu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, Mesyuarat MKT UMNO yang dijadualkan berlangsung pada 17 September ditangguhkan ke 30 September.

Ujar Ahmad Maslan, penangguhan itu ekoran Perdana Menteri terlibat dengan Majlis Perasmian Sukan Malaysia (Sukma) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada malam berkenaan.

Artikel Berkaitan: