Ejen kosmetik nyaris diseludup ke Laos

Ejen kosmetik yang diculik di Wakaf Bharu, Kelantan oleh sekumpulan lelaki pada 13 September lalu hampir diseludup ke Laos sebelum diselamatkan pihak berkuasa Thailand.
Ejen kosmetik yang diculik di Wakaf Bharu, Kelantan oleh sekumpulan lelaki pada 13 September lalu hampir diseludup ke Laos sebelum diselamatkan pihak berkuasa Thailand.
A
A
A

SHAH ALAM - Ejen kosmetik yang diculik di Wakaf Bharu, Kelantan oleh sekumpulan lelaki pada 13 September lalu hampir diseludup ke Laos sebelum diselamatkan pihak berkuasa Thailand.

Menurut sumber, mangsa yang berjaya diselamatkan tiba di tanah air pada Khamis dan kini berada dalam pemantauan untuk memastikan kesihatannya dalam keadaan baik.

"Mangsa berjaya diselamatkan dengan bantuan pihak berkuasa negara itu dan dibawa pulang ke Malaysia hari ini," katanya pada Khamis.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan kedudukan mangsa sebelum menyalurkan maklumat itu kepada pihak berkuasa tempatan yang kemudiannya mengadakan sekatan jalan raya di sempadan Thailand-Laos.

Pada Khamis Sinar Harian melaporkan, ejen kosmetik berkenaan berjaya diselamatkan selepas diculik sekumpulan lelaki di hadapan rumahnya di Wakaf Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilapor berkata, kejayaan itu adalah hasil bantuan dan kerjasama pihak berkuasa Thailand.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes penculikan itu.

Seramai tujuh lelaki warga tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Artikel Berkaitan: