Nelayan cari rezeki

A
A
A

Nelayan tempatan, Ang Tau Yeang membersihkan pukatnya ketika ditemui di pesisiran pantai Teluk Kumbar hari ini.

Ang, yang menjadi nelayan sejak 20 tahun lalu berkata dia terpaksa turun ke laut walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini kerana menganggap pekerjaan itu adalah sumber rezekinya.

"Cuaca memang buruk sekarang ini, angin kuat, ombak juga tinggi tapi kena turun laut juga cari rezeki", katanya, yang sentiasa berwaspada ketika berada di laut bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amazon angin kencang dań laut bergelora kategori pertama, dijangka melanda perairan negara, khususnya Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Cuaca buruk itu turut dijangka melanda kawasan perairan Phuket, Thailand dan Selat Melaka Utara dalam tempoh bermula Rabu hingga 1 Oktober ini.

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer/sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan berkenaan.

Keadaan angin kencang dań laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Permainan Wau LED

No Image Caption
GALERI

Nuzul Al-Quran

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Nuzul Quran

No Image Caption
GALERI

Tanjak Raya