Penjaga gol cedera terkena bunga api

Parra dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selepas terkena percikan bunga api. -Foto Agensi
Parra dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selepas terkena percikan bunga api. -Foto Agensi
A
A
A

LETUPAN bunga api mewarnai aksi Piala Chile yang menemukan seteru setempat Universidad Catolica mengakibatkan penjaga gol Universidad de Chile, Martin Parra cedera di telinga.

Insiden berlaku sejurus Catolica menjaringkan gol pada perlawanan kedua suku akhir untuk menyamakan kedudukan 1-1 dan pengadil menghentikan permainan dengan hanya berbaki empat minit.

Tiga bunga api meletup berhampiran Parra dan pemain berusia 22 tahun itu rebah sambil memegang telinganya sebelum dia diusung keluar dan dibawa ke hospital di Santiago.

“Parra stabil dan dalam pemantauan. Dia sangat terkejut dengan situasi itu, tetapi yang penting kesihatannya baik-baik saja dan ujian akan diteruskan,” kata pengurus U de Chile, Sebastian Miranda.

Ekoran tindakan itu, U de Chile meminta persekutuan bola sepak memberi hukuman keras kepada Catolica kerana permainan tersebut sepatutnya dimainkan tanpa peminat bagi mengelak sebarang insiden buruk.

Insiden yang berlaku hampir lima minit perlawanan adalah bukti bahawa permainan itu tidak sepatutnya membenarkan kehadiran penonton,” katanya.

Catolica turut mengutuk insiden tersebut dan menyatakan solidariti kepada Parra dan keluarganya.

“Kami berharap dia pulih dengan cepat dan boleh kembali ke padang,” kata kelab berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Polis berkata, pihaknya memberkas dua orang di stadium itu selepas kejadian tersebut.