Bimbang belia ikut jejak Perang Candu, China

Ahmad
Ahmad
A
A
A

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyuarakan kebimbangan belia Melayu Islam di negara ini akan terlibat dengan penyalahgunaan dadah secara tidak terkawal sebagaimana yang berlaku ketika perang candu di China ratusan tahun lalu.

Ahmad berkata, usaha perlu dilakukan bagi mengelak penduduk terutama belia menjadi hamba dadah.

Menurutnya, antara usaha yang akan dilakukan kerajaan negeri bagi mengelak dan mengurangkan bilangan pemuda Kelantan terlibat dadah ialah menerusi Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) peringkat negeri.

“MPBN akan menjadi saluran penting membabitkan perbincangan 150 peserta terdiri daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) sebelum dibawa ke peringkat kementerian.

“Kita sedar kewujudan 12,703 lelaki dikesan menjadi 'hamba' dadah dalam tempoh lima tahun sejak tahun 2014 di negeri ini, tetapi ia sebenarnya menjadi masalah nasional bukan babit negeri sahaja,” katanya, selepas merasmikan MPBN di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Ahmad berkata, MPBN akan menjadi saluran bagi mencari penyelesaian memandangkan ia dianggotai wakil agensi keselamatan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan serta Majlis Belia Kelantan.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Wan Hamat; Penolong Pengarah 1, Cawangan Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Rosdi Mahmud dan Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan negeri, Mohamad Embong.

Artikel Berkaitan: