Lelaki ditemukan maut dalam lori

Seorang lelaki ditemukan mati dalam sebuah lori di Jalan Imbi, di sini, pada Khamis.
Seorang lelaki ditemukan mati dalam sebuah lori di Jalan Imbi, di sini, pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemukan mati dalam sebuah lori di Jalan Imbi pada Khamis.

Difahamkan polis sedang siasat sama ada kemungkinan lelaki itu terjatuh dari stesen monorel berhampiran pada jam 2 petang atau wujud elemen jenayah dalam kes berkenaan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

"Kita akan memaklumkan berkaitan kes itu selepas beberapa maklumat penting diperoleh," katanya.

Kejadian itu turut mengakibatkan lorong kiri berhadapan hentian teksi terpaksa ditutup bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

Artikel Berkaitan: