Guru besar SJKT direman buat tuntutan palsu

Seorang guru besar SJKT direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu.
Seorang guru besar SJKT direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang guru besar sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Skudai di sini direman selama satu hari selepas dipercayai membuat tuntutan palsu berjumlah RM2,583 pada Februari lalu.

Majistret, Tiffany Chin Phin Yuan membenarkan perintah reman tersebut di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini pada Khamis.

Perintah reman itu dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas suspek dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Tertuduh sebelum itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.05 pagi dengan berpakaian lokap berwarna oren serta tangan bergari dan diiringi dua pegawai SPRM.

Wanita berusia 57 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Johor pada jam 2 petang, Rabu.

Difahamkan, tertuduh telah mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pembekalan makanan dan minuman serta barangan bagi Program Ceramah Pembangunan Nilai Murni dalam Pendidikan Moral 2022 yang mana bekalan itu tidak dibekalkan dan program itu juga tidak dilaksanakan.

Tertuduh diwakili Peguam, K Bharathi.

Artikel Berkaitan: