Awasi eksploitasi media sosial dalam perlakuan jenayah syariah

A
A
A

No Image Caption

Media sosial telah menjadi satu platform atau medium yang mudah digunakan serta mesra pengguna untuk sesiapa sahaja berkomunikasi dan menyampaikan maklumat kepada pelbagai kategori pengguna yang mempunyai akses kepada internet.

Teknologi dan media menjadi sarana penting dalam menyebarluaskan maklumat dan mendidik masyarakat tentang isu-isu yang berkaitan sama ada daripada aspek ekonomi, politik dan agama.

Penggunaan media secara berterusan dapat memberi kesan kepada masyarakat, samada positif mahupun negatif.

Media sosial telah mendapat perhatian setiap peringkat umur dalam masyarakat seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju.

Golongan remaja khususnya melihat media sosial sebagai satu trend terkini bagi mengisi aktiviti pada waktu lapang di samping bersosial di alam maya.

Penggunaan media sosial yang meluas dapat memberikan manfaat dan pada masa yang sama ia juga boleh memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Menurut Tariq & Mattoo mengklasifikasikan; media sosial kepada empat kategori iaitu rangkaian talian dan ekosistem (online networks and ecosystem) seperti Facebook, Linkedin, Instagram dan Twitter.

Selain itu, penerbitan dalam talian (online publications) seperti YouTube, Flickers, RSS dan SlideShare.

No Image Caption

Terdapat juga kategori media sosial yang menjadi platform kolaborasi secara dalam talian (online collaboration platforms) seperti MediaWiki dan blog.

Kategori media sosial yang lain ialah sistem berasaskan maklum balas dalam talian (online-based feedback system) untuk tujuan interaksi, mengemukakan ulasan, kaji selidik dan lain-lain.

Ini juga memberi ruang dan peluang kepada sesebuah organisasi untuk menjadikannya sebagai satu medium penting untuk membina dan memperbaiki hubungan dengan pengguna.

Media sosial ini juga banyak mendatangkan pelbagai manfaat bukan sahaja dari aspek sistem penyampaian maklumat, malah ia dapat mempertingkatkan perkhidmatan sesebuah organisasi kepada pengguna dengan lebih baik, menambahbaik interaksi dengan pemegang taruh, akses kepada maklumat yang lebih luas dan pengurusan maklumat organisasi menjadi lebih cekap.

Ia juga merupakan sebahagian daripada keperluan masyarakat masa kini bagi membolehkan masyarakat menyampaikan informasi.

Internet juga dapat menghimpun sumber daya dan maklumat sehingga mampu menjangkau dunia.

Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak kebaikan yang boleh didapati oleh pengguna-pengguna internet melalui media sosial.

Antara kebaikan yang boleh didapati daripada media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter adalah ia boleh dijadikan sebagai medan untuk perkongsian ilmu atau maklumat yang bermanfaat dan menjadi suatu kelebihan kepada pengguna-pengguna media sosial untuk bertukar-tukar pendapat.

Ini dapat dilihat apabila kebanyakan surat khabar utama negara seperti Sinar Harian, Utusan, Harian Metro, The New Straits Times dan sebagainya mempunyai akaun Facebook, Twitter serta lain-lain yang digunakan untuk menyampaikan berita kepada para pembaca secara dalam talian.

Seterusnya, ia adalah untuk memudahkan urusan seharian pengguna-pengguna media sosial apabila kebanyakan urusniaga sama ada pembelian barangan atau urusan perbankan dapat diuruskan melalui dalam talian.

Perangkap media sosial kepada umat Islam

No Image Caption



Namun begitu, walaupun terdapat pelbagai kesan positif yang dapat diambil daripada media sosial ini, platform ini juga seringkali dieksploitasi dalam perlakuan jenayah termasuk jenayah Syariah juga.

Contoh paling banyak kita dapat lihat adalah dalam hal ehwal perkahwinan. Eksploitasi media sosial dalam hal ehwal perkahwinan ini terjadi apabila media sosial ini disalah gunakan oleh individu untuk mencari kawan ketika bosan ataupun peneman sementara walhal sudah bersuami ataupun beristeri.

Dari sinilah kedudukan rumahtangga akan goyah malah berpotensi besar untuk runtuh apabila melibatkan pihak yang ketiga.

Perkara seperti ini juga yang mendorong kepada kes-kes perlakuan curang dan membawa kepada perceraian.

Bukan itu sahaja, melalui media sosial juga ramai yang mengetahui cara untuk berkahwin dengan carasalah dan tidak mengikut lunas undang-undang seperti kahwin sindiketakibat tidak mendapat restu keluarga ataupun ingin berpoligami tanpa mendapat kebenaran mahkamah syariah.

No Image Caption

Dewasa ini, ramai juga yang ditangkap khalwat disebabkan satu sesi perkenalan ringkas di laman Twitter ataupun Facebook sahaja.

Media sosial yang sepatutnya menjadi satu platform yang memberi kesan positif namun sangat mudah dieksploitasi.

Malah aktiviti dan pengembangan ajaran sesat juga banyak disebarkan hasil daripada eksploitasi media sosial. Kebanyakannya berkembang dari Facebook.

Ajaran sesat senang disebarkan kerana ramai orang yang apabila melihat posting berkaitan agama terus kongsikannya tanpa selidik kesahihannya dahulu.

Sama-samalah kita berhati-hati dalam penggunaan media sosial.