[VIDEO] Firdaus Wong dijangka saksi baharu kes Ebit Lew

Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom bagi menghadiri perbicaraan membabitkan kes gangguan seksual yang dihadapinya.
Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom bagi menghadiri perbicaraan membabitkan kes gangguan seksual yang dihadapinya.
A
A
A

TENOM - Pendakwah bebas, Firdaus Wong dijangka antara saksi baharu yang akan dipanggil pada sesi perbicaraan hari ketiga kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.

Selain Firdaus Wong, seorang lagi pegawai polis turut dipanggil pada sesi perbicaraan itu nanti.

Perbicaraan yang memasuki hari ketiga Ebit atau nama sebenar Ebit Erawan Ibrahim, 37, berlangsung sehingga Jumaat ini.

Setakat ini, saksi pertama pihak pendakwaan ialah seorang konsultan atau penceramah motivasi, Mohd Fairuz Abu, 37, sudah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah sepanjang dua hari perbicaraan itu berlangsung.