Ketua Jabatan perlu turun padang bantu mangsa banjir

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengingatkan supaya Ketua Jabatan di negeri ini lebih bersiap sedia serta menggerakkan petugas dan aset masing-masing bagi menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir.

Beliau berkata kebersamaan antara jabatan di negeri ini adalah penting apabila bencana banjir seperti tahun lepas berlaku lagi dan tidak menyerahkan kepada jabatan serta dan agensi tertentu sahaja.

“Saya ingatkan kepada semua ketua jabatan, mereka perlu bantu dan turun bersama-sama. Jangan serah tugas berkenaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri semata-mata.



"Saya sudah tegur beberapa kali, sejak awal tahun ini selepas kita buat 'post-morterm' banjir.

"Antara teguran saya adalah ketua jabatan di peringkat negeri dan daerah perlu bersiap sedia. Sebagai contoh kalau Seremban tidak banjir, mereka perlu bantu di tempat lain...aset kena bergerak,” katanya ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Sembilan pada Rabu.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, pihaknya memutuskan untuk menempatkan mangsa banjir di tempat yang lebih sesuai berbanding balai raya ataupun dewan.

"Tempat paling sesuai adalah sekolah berasrama penuh, institusi latihan dan pengajian yang ada asrama, kita mahu mangsa banjir yang dipindahkan selesa, kita kena pindahkan mereka jauh pada kawasan banjir.

"Kita tidak mahu berlaku (seperti banjir yang lalu) kawasan pemindahan dikelilingi air, jadi ini menyukarkan," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: