Ada lagi wanita lapor polis terhadap Ebit di Bukit Aman: Saksi

Ebit ketika keluar dari Mahkamah Majistret selepas menghadiri prosiding perbicaraan sesi pagi di Tenom.
Ebit ketika keluar dari Mahkamah Majistret selepas menghadiri prosiding perbicaraan sesi pagi di Tenom.
A
A
A

TENOM - Saksi pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, mendedahkan bahawa ada satu lagi laporan polis dibuat di Bukit Aman oleh seorang wanita berkaitan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Mohd Fairuz berkata demikian pada sesi pemeriksaan balas terhadapnya oleh peguam, Ram Singh yang mewakili Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, dalam perbicaraan hari kedua pendakwah berkenaan.

Beliau memaklumkan bahawa dia tahu bahawa laporan polis telah dibuat, bagaimanapun dia tidak tahu apa yang berlaku kepada kes itu.

"Saya rasa pihak polis yang perlu beritahu perkembangan kes berkenaan, lagipun saya telah membantu wanita ini dari segi menemani beliau ketika membuat laporan polis, menghubungkan beliau dengan peguam MRM (Multiracial Reverted Muslims).