Polis kenal pasti individu panah anjing

Seekor anjing liar mati akibat dipanah seorang individu.
Seekor anjing liar mati akibat dipanah seorang individu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti seorang lelaki tular memanah seekor anjing di bahagian kepala sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah kondominium di Setapak di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek tersebut telah dikenal pasti, namun masih belum ditangkap.

Video tular memaparkan seorang individu memanah seekor anjing di hadapan sebuah kondominium di Setapak.
Video tular memaparkan seorang individu memanah seekor anjing di hadapan sebuah kondominium di Setapak.

"Kita telah menerima laporan daripada orang awam yang terkesan dengan video tular tersebut pada jam 10.31 pagi, Ahad.

“Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015 ( Akta 772) dan Seksyen 6 (1) Akta Kakisan dan Bahan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sebelum ini, rakaman video tular berdurasi 18 saat itu memaparkan seorang lelaki memiliki busur serta anak panah mengekori seekor anjing dan memanah haiwan tersebut.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau DCC IPD Wangsa Maju di talian 03-92899110.

Artikel Berkaitan: