Mazlan Mansor Pengerusi YIDE baharu

Majlis penyerahan surat pelantikan jawatan itu disempurnakan oleh Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Abdul Aziz (tengah) diiringi Ahmad Shahir (kanan) menyerahkan surat pelantikan kepada Mazlan (kiri) di Bangunan Sultan Idris Shah pada Selasa.
Abdul Aziz (tengah) diiringi Ahmad Shahir (kanan) menyerahkan surat pelantikan kepada Mazlan (kiri) di Bangunan Sultan Idris Shah pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Tan Sri Mazlan Mansor sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) berkuat kuasa pada 16 Julai lalu hingga 31 Disember tahun depan.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, pelantikan Mazlan ke jawatan itu berdasarkan asas pertimbangan kapasiti jaringan sosial dimiliki beliau yang sebelum ini sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

"Pelantikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah ini juga selaras dengan Artikel 20 iaitu Pengerusi Lembaga hendaklah menjadi Pengerusi MAIS atau mana-mana orang yang dinamakan oleh Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ahmad Shahir berkata, majlis penyerahan surat pelantikan jawatan itu disempurnakan oleh Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

YIDE merupakan anak syarikat di bawah seliaan MAIS bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal anak yatim di negeri Selangor, pengurusan sumbangan musibah dan menyediakan perkhidmatan hemodialisis dan Pusat Dialisis MAIS.

Artikel Berkaitan: