Indonesia sumbang AS$1 juta kepada Pakistan

Orang ramai berteduh di dalam sebuah sekolah selepas banjir, di Karachi, wilayah Sindh, Pakistan pada Selasa. - Foto EPA
Orang ramai berteduh di dalam sebuah sekolah selepas banjir, di Karachi, wilayah Sindh, Pakistan pada Selasa. - Foto EPA
A
A
A

JAKARTA - Indonesia menyerahkan bantuan kewangan AS$1 juta serta barang keperluan asas untuk meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat bencana di Pakistan.

Pelepasan bantuan kemanusiaan untuk korban bencana banjir dan tanah runtuh di Pakistan di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, di sini, dilakukan oleh Presiden Joko Widodo.

Beliau berharap bantuan itu dapat percepat usaha pemulihan pasca bencana sehingga aktiviti masyarakat kembali normal.

"Saya juga sedang menyiapkan bantuan berupa tenaga kesihatan yang nantinya segera dihantar untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada warga Pakistan yang terkesan,” kata Joko Widodo.

Dalam satu kenyataan, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa korban bencana yang terjadi. - Bernama

Artikel Berkaitan: