SDEC 2022 kembali lagi dengan lima elemen utama

A
A
A

No Image Caption



SHAH ALAM - Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2022 anjuran kerajaan negeri Selangor dan dianjurkan oleh Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) kini kembali lagi.

Konvensyen ini merupakan acara yang menghimpunkan peneraju industri, ahli akademik, PKS dan pemain dari sektor awam serta swasta, untuk mendalami mekanisme bandar pintar termasuk ekonomi digital sedia ada dan akan datang.

No Image Caption



Ia juga dianjurkan bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS), di mana tema SDEC ketujuh ialah Pendigitalan Mampan Ke Arah Masa Depan Sifar Bersih dan akan berlangsung dari 6 hingga 9 Oktober 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Konvensyen yang berlangsung selama empat hari itu merangkumi lima elemen utama iaitu Persidangan Bandar Pintar Asia, Persidangan Digitalisasi PKS Selangor, Hari Demo program Pemecut Fesyen Selangor (Selangor Fashion Accelerator), pesta siaran langsung (livestream) dan pameran.

No Image Caption



Disamping itu juga, konvensyen ini bertindak sebagai platform untuk pemain industri tempatan melibatkan diri dan membincangkan trend dan norma baharu yang muncul dalam industri, serta memperkukuhkan dan membangunkan ekosistem digitalisasi dalam kalangan PKS di Selangor.

Konvensyen kali ini turut menampilkan ucaptama daripada panelis berpengalaman di peringkat tempatan dan antarabangsa. Kali ini juga terdapat sekurang-kurangnya 100 pameran serta penyertaan kira-kira 50 syarikat yang mengambil bahagian.

Artikel Berkaitan:


No Image Caption



Kepada para peneraju, pemain industri dan pihak berkaitan dengan industri ekonomi digital, jangan lepaskan peluang untuk menyertai dan hadir pada SDEC 2022 ini kerana inilah masa anda untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian berprestij dengan komuniti yang berfikiran dan memiliki tujuan sama untuk membina masa depan.

Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan pas masuk SDEC, anda perlu mendaftar melalui https://www.sidec.com.my/sdec2022/.

No Image Caption