Tuah Bazil berumpan roti perisa pandan

Jasni Abdullah (tiga dari kiri) dan Nur Amanina bersama para pemenang hadiah utama dan hadiah khas ikan keli pada Ahad.
Jasni Abdullah (tiga dari kiri) dan Nur Amanina bersama para pemenang hadiah utama dan hadiah khas ikan keli pada Ahad.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] MOHD Bazil Shahrulnazri dari Ampang muncul juara pertandingan Cabaran Memancing Keluarga Malaysia di Taman Tasik Metropolitan, Kepong pada Ahad.

Kejayaan kelindan lori berusia 23 tahun itu menarik ikan patin seberat 12.545 kilogram membolehkan dia menerima hadiah RM7,000 sekali gus menewaskan 1,400 peserta lain.

"Saya tak menjangka hanya berumpankan roti berperisa pandan, kemenangan dalam pertandingan ini menjadi milik saya yang mengambil masa menaikkan lebih 15 minit spesis ini.

“Kemenangan ini amat bermakna. Saya menang kali pertama tahun 2022 dan sangat bersyukur. Ini hadiah buat ibu dan bapa saya selain berkongsi kemenangan bersama rakan-rakan seperjuangan.

“Saya harap penganjuran ini dapat diteruskan lagi kerana inilah waktu terbaik bagi kaki pancing berkumpul dengan keluarga, selain merapatkan silaturahim sesama kaki pancing,” katanya.

Tempat kedua disandang Shaharel Mohd Mokhtar, 38, yang menaikkan spesis patin seberat 8.580 kilogram membawa pulang RM2,000.

Tempat ketiga pula menjadi milik Amy Dahlan, 41, yang membawa pulang RM1,000 selepas berjaya memancing spesies patin yang sama seberat 6.990 kilogram.

Sementara itu, Penolong Pengarah TM Wilayah Tengah, Jasni Abdullah berkata, lebih 300 ikan pelbagai spesies dinaikkan dalam program Cabaran Memancing Keluarga Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Jasni Abdullah (tiga dari kiri) dan Nur Amanina bersama para pemenang hadiah utama dan hadiah khas ikan keli pada Ahad.
Jasni Abdullah (tiga dari kiri) dan Nur Amanina bersama para pemenang hadiah utama dan hadiah khas ikan keli pada Ahad.

Katanya, program ini julung kali diadakan secara besar-besaran selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, pihaknya yakin program itu mencapai matlamat apabila perpaduan dan keharmonian pelbagai lapisan masyarakat tidak kira peringkat usia mahupun agama disatukan melalui aktiviti riadah.

"Kita mahu rakyat beriadah, sihat sejahtera seterusnya mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kota dapat terus bersatu teguh sebagai satu keluarga Malaysia," katanya.

Katanya, penyertaan yang menggalakkan membuktikan program seumpama itu mampu menarik kedatangan pelancong domestik.

“Kita ada peserta yang datang dari luar Kuala Lumpur termasuk Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Melaka

"Selain itu, ia juga bertujuan memberi motivasi dan sokongan kepada penggiat industri pelancongan kota raya bagi merangsang pertumbuhan semula industri pelancongan di ibu kota terutama tasik di Kuala Lumpur sebagai pusat riadah sihat bersama keluarga selain merapatkan silaturahim dalam kalangan keluarga serta komuniti setempat,” katanya

Pertandingan kali ini dimulakan pada jam 8.30 pagi berakhir pada jam 12.30 tengah hari anjuran bersama Nadi Media Events dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sokongan Tourism Malaysia.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Jasni Abdullah dan wakil DBKL, Nur Amanina Zulkefle.