Jepun sedia campur tangan dalam pasaran mata wang

Jepun bersedia untuk campur tangan sekali lagi dalam pasaran mata wang.
Jepun bersedia untuk campur tangan sekali lagi dalam pasaran mata wang.
A
A
A

JEPUN bersedia untuk campur tangan sekali lagi dalam pasaran mata wang jika perlu dan terus memantau pasaran dengan lebih teliti, lapor Xinhua.

Menteri Kewangannya, Shunichi Suzuki memberitahu media bahawa kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga berhubung pergerakan yen terhadap dolar US dan "sangat bimbang mengenai pergerakan pantas nilai yen."

Kenyataan itu dikeluarkan susulan belian yen Jepun, operasi penjualan dolar pada Khamis lalu, yang pertama sejak 1998.

Operasi itu dilakukan berikutan Bank of Japan (BOJ) mengekalkan dasar monetari yang sangat longgar, dengan Gabenor Haruhiko Kuroda berkata tidak mungkin BOJ akan menaikkan kadarnya dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Kami mengambil tindakan sewajarnya terhadap turun naik berlebihan yang didorong oleh spekulator. Campur tangan itu memberi kesan tertentu.

"Tiada perubahan mengenai pendirian kami dan kami akan mengambil tindakan selanjutnya jika perlu,” kata Suzuki.

Akibat campur tangan itu, nilai satu dolar jatuh ke paras 140 yen selepas melepasi kadar 145 yen. Pada Isnin, nilai satu dolar didagangkan sekitar 144 yen.

Penganalisis meragui sama ada campur tangan pasaran Jepun mempunyai sebarang kesan untuk mengatasi nilai dolar berbanding yen, berikutan jurang kadar faedah yang semakin meningkat antara BOJ dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Artikel Berkaitan:

Fed, berbeza dengan BOJ, telah menaikkan kadarnya secara agresif untuk memerangi inflasi yang melambung tinggi. - Bernama