Parlimen Kuwait sekali lagi dibubarkan menerusi dekri diraja

Parlimen Kuwait sekali lagi dibubarkan pada Isnin. - Foto Xinhua
Parlimen Kuwait sekali lagi dibubarkan pada Isnin. - Foto Xinhua
A
A
A

ISTANBUL - Parlimen Kuwait sekali lagi dibubarkan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu, memetik Agensi Berita KUNA.

Dekri Diraja mengenai pembubaran parlimen itu diluluskan selepas mesyuarat Kabinet.

Pada Mac, Mahkamah Perlembagaan Kuwait membatalkan pilihan raya parlimen yang diadakan pada tahun lalu dan mengembalikan semula kerajaan sebelum ini.

Pada pilihan raya September 2022, pihak pembangkang memenangi 28 kerusi daripada 50 kerusi Parlimen.

Tetapi mahkamah memutuskan bahawa pilihan raya itu tidak sah.

Sebelum ini, pada 2022 parlimen negara ini dibubarkan menerusi dekri Putera Mahkota Sheikh Meshal al-Ahmad al-Jaber al-Sabah, di tengah-tengah pertikaian antara kerajaan dan parlimen. - Bernama-Anadolu