Polis sita 30 motosikal, tahan enam samseng jalanan

Antara motosikal yang disita dalam operasi yang dilakukan di Lebuhraya BKE pada Ahad.
Antara motosikal yang disita dalam operasi yang dilakukan di Lebuhraya BKE pada Ahad.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 30 buah motosikal disita dan 127 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi samseng jalanan yang diadakan di Lebuhraya Butterworth/Kulim Ekspresway (BKE) pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, operasi yang bermula jam 2.30 pagi itu turut menahan enam lelaki warga tempatan kerana terlibat dengan aktiviti lumba haram.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia 18 hingga 20 tahun dilihat melalukan aksi berbahaya dengan menduga kelajuan yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya lain.

"Kesemua lelaki yang ditahan kini direman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam sehingga 27 September depan dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Cheng San menasihati orang ramai terutama remaja agar tidak terlibat dengan aktiviti lumba haram kerana ia jelas melanggar undang-undang selain boleh membawa padah termasuk kehilangan nyawa.

Artikel Berkaitan: