MExUnity platform bincang usaha pemangkin penyatupaduan

Halimah (kanan) dalam sebuah program di Sarawak.
Halimah (kanan) dalam sebuah program di Sarawak.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Mesyuarat Perpaduan Negara (MExUnity) disifatkan merupakan platform antara Kementerian Perpaduan Negara dan kerajaan negeri bagi membincangkan usaha-usaha pemangkin penyatupaduan Keluarga Malaysia.

Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan berkata, selain itu ia merupakan pelan tindakan dan perancangan program-program perpaduan yang dilaksanakan di peringkat pusat dan negeri sehingga ke akar umbi bagi mencapai agenda perpaduan nasional.

Katanya, MExUnity juga merupakan Majlis Mesyuarat antara Menteri Perpaduan Negara bersama Menteri Perpaduan Negeri Sarawak, Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Exco-Exco Perpaduan Negeri.

"Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara) telah mempengerusikan MExUnity Tahun 2022 pada Sabtu.

"Pada hari yang sama, Menteri Perpaduan Negara telah turun ke KRT Kampung Kuala Sibuti, di daerah Subis untuk melancarkan Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga RT 4 All yang meliputi empat gerak kerja utama," kata kementerian pada Ahad.

Menurutnya, empat gerak kerja utama itu ialah Gerak Kerja KRT Sejahtera, Gerak Kerja KRT Selamat, Gerak Kerja KRT Bersih dan Indah serta Gerak Kerja KRT Sihat.

"Mengakhiri program di Miri adalah Pelancaran Semarak Uniti Keluarga Malaysia (SUKM) peringkat Wilayah Sarawak yang berlangsung di Dataran Kipas, Miri pada Ahad.

"SUKM merupakan satu program berteraskan Pelan KAMI yang menyokong Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).

Artikel Berkaitan:

"Program ini menjadi tapak integrasi untuk menyemarakkan dan memperbanyakkan detik-detik perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia yang meraikan kepelbagainya," ujarnya.