KAFA perlu bersemuka dengan Zamsaham: Kelate.Net

Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Mohd Nurul
Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Mohd Nurul
A
A
A

KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) berpandangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) perlu bersemuka bagi menyelesaikan isu tuntutan saman oleh Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham ke atas badan induk itu.

Presiden Kelate.Net, Mohd Nurul Mohd Yusoh berkata, pertemuan itu penting bagi mencari titik persamaan dalam menyelesaikan kekusutan yang melibatkan isu tersebut.

"Saya akui ia tugas berat buat KAFA memandangkan sumber kewangan mereka agak terhad, namun mereka tidak boleh lepas tangan dalam isu ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, sebagai 'perwira 12' yang menjadi tulang belakang, pasukan Kelate.Net mahu isu ini diselesaikan dengan baik.

Menurutnya, KAFA perlu berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan perkara itu bagi mengelakkan nama badan itu terus 'cacat' di mata pencinta bola sepak negeri ini.

Terdahulu, Zamsaham mendedahkan beliau merupakan individu yang bertindak menyaman KAFA selepas badan induk itu gagal melunaskan hutan sebanyak RM3.93 juta.

Pendedahan itu dibuatnya menerusi satu hantaran Facebook yang dimuat naik pada Ahad.

Artikel Berkaitan: