Berkayuh sambil berbusana klasik

Bahri mengenakan busana bersongket.
Bahri mengenakan busana bersongket.
A
A
A

REMBAU - Seramai 130 individu mengambil kesempatan berkayuh sambil memperagakan busana klasik pada program Kayuhan Santai Basikal Klasik Rembau di pekan Rembau pada Sabtu.

Menariknya, ada peserta memperagakan busana tradisional mengikut bangsa, pasukan beruniform malah pakaian penduduk kampung zaman dahulu.

Pengerusi Kelab Sepeda Klasik Kinta, Perak, Bahri Anshary berkata, tidak mahu ketinggalan menyertai program itu dengan memakai busana tradisional bersongket.

Antara yang menyertai kayuhan berkenaan pada Sabtu.
Antara yang menyertai kayuhan berkenaan pada Sabtu.

"Saya membelinya dengan harga RM250 di kedai terpakai enam tahun lalu dan pakaian ini juga pernah dipakai dalam beberapa acara kayuhan basikal tua sebelum ini," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi peserta Musa Sidek, 59, dari Seremban menjelaskan, memilih untuk mengenakan pakaian beruniform pasukan polis Persekutuan Tanah Melayu.

Katanya, kebiasaannya orang memanggil pakaian berkenaan uniform Polis Bukit Kepong dan membelinya di kedai pakaian terpakai.

"Kayuhan santai ini beri kepuasan kepada saya sebab selain busana klasik saya juga meminati barangan antik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kayuhan berkenaan dimulakan di Pekan Rembau.
Kayuhan berkenaan dimulakan di Pekan Rembau.

Sementara itu penganjur program Abd Latif Alias berkata, kayuhan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan peserta datang dari Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Melaka dan Johor.

"Ia membabitkan kayuhan sejauh 10 Kilometer yang turut melalui KTM Rembau, Pekan Rembau dan kampung-kampung berdekatan sekitar pekan Rembau.

"Terdapat juga peserta dalam kalangan bangsa Cina dan India, justeru kita berharap dengan penganjuran seperti ini sempena sambutan Hari Malaysia beliau berharap ia dapat menyatukan semua tidak kira agama mahupun bangsa," katanya.