MyUBI, 16 syarikat bantu usahawan rugi

Ahmad Raslan (dua dari kanan) bersama penerima geran sempena Majlis Penyerahan Geran Insentif Perniagaan myUBI kepada golongan terkesan pandemik di sini pada Sabtu.
Ahmad Raslan (dua dari kanan) bersama penerima geran sempena Majlis Penyerahan Geran Insentif Perniagaan myUBI kepada golongan terkesan pandemik di sini pada Sabtu.
A
A
A

DEWAN Keusahawanan dan Kejurulatihan Industri Malaysia melalui Platform Usaha Bantu Insan (myUBI) berusaha membantu usahawan dan bakal peniaga bermasalah melalui tiga perkara utama.

Pengasas dan Penasihat Eksekutif myUBI, Ahmad Raslan berkata, tiga perkara yang dibantu ialah rangkaian, masalah berkaitan ilmu perniagaan dan modal tambahan untuk memulakan perniagaan.

Menurut beliau, myUBI bekerjasama dengan 16 syarikat korporat yang kukuh untuk membimbing peniaga bagi meningkatkan pendapatan.

"Syarikat terlibat akan memantau dalam tempoh enam hingga 12 bulan melalui strategi perniagaan yang tepat sehingga pendapatan peniaga berkenaan mencecah antara RM30,000 hingga RM50,000," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Insentif Perniagaan myUBI kepada golongan terkesan pandemik di sini pada Sabtu.

Ahmad Raslan memberitahu, myUBI juga mengambil berat usahawan yang terkesan dengan pandemik Covid-19, bakal usahawan dan peniaga yang mengalami masalah modal.

"Inisiatif lain yang dilaksanakan ialah kebajikan kepada ahli melalui beberapa inisiatif termasuk perlindungan insurans dan geran bantuan," katanya.

Selain itu katanya, Keusahawanan dan Kejurulatihan Industri Malaysia turut menyasarkan sejuta ahli bersekutu bagi meluaskan jaringan perniagaan.

Artikel Berkaitan:

"Jaringan ini penting kerana dapat membantu usahawan memperkenalkan produk mereka ke seluruh negara," katanya.

Sementara itu katanya, seminar sehari yang disertai kira-kira 200 usahawan itu turut memberi manfaat dengan perkongsian kaedah pengurusan perniagaan.